skip to main |
skip to sidebar
Niat lain takdee semata nak update je :)
Dah lama GILA tahap cipan kawen dengan beruk dah aku tak update kan . masalah utama aku , ialah KEKANGAN MASA YANG EXTRAVAGANZA ditambah kan pulak dengan azam kukuh bersemadi tak nak online sampai habis exam . Tapi malang nya, azam tu hanya tinggal dalam poket mak cik Bedah sebelah rumah Tok Dolah je .
Disebab kan aku dah sampai rumah yang tercinta, maka dengan izin Allah , aku pun bersusah payah dan memerah keringat yang ada nak tolong ibu kemas rumah . Jyeah ! Baik anak ibu ni , berkata ibu dalam hati . penat sental sental gentel gentel dan guling menguling dalam toilet tadi, menyental pulak dan menggesek gesek pulak lantai rumah dari atas sampai bawah , Fuh ! terer tak terer ? haha .
Btw, memandang kan esok adalah hari ibu , dan duit dalam akaun pun tertera jumlah nya hanya sebnayk RM 12. 22 sen , maka terbantut cita cita dan harapan Pak Kaduk dalam cerita dongeng indonesia setiap cuti sekolah nk belikan ibu HADIAH besar besar, balut dengan kertas mahjong putih lepas tu tulis besar besar SELAMAT HARI IBU . Sebab tu aku gagah kan jugak cungkil bijik mata nak bangun awal tolong ibu kemas rumah . kira hadiah lah tu jugak kan ?
Dan satu lagi perkara yang mengejut kan aku bila balik rumah , si ibu dengan rasa kejengkelannya ( macam pelik je ayat aku) -,-" menyatakan bahawa adik angkat merangkap anak pungut ayah iaitu si hitam legam KIKI tu dah dewasa . errr , apakah maknanya ? dah pandai nak mengawan lah apa lagi . cis ! nak mengawan dengan sape ? sape lagi kalau tak dengan anak angkat aku yang bermacam warna tu MIKI !
Aduhai , lemah sendi senda serta tulang bebulang aku bila dapat tahu anak kecik aku tuh dah DIPERKOSA ! damn , over kot . haha . tapi hakikat nya tu lah , KIKI yang tak pernah keluar rumah dan bergaul dengan anak tiri Mak Cik Senah jual emas hutang hutang yang baka nya sangat menawan tu dah akil baligh , maka terserlah kegatalan dan kejantanan nya bila dah gedik gedik tak boleh berpisah dengan MIKI . selama ni , berkawan baik macam isi dengan kulit ayam. bergaduh macam kucing parsi dengan kucing siam . tapi , bila dah meningkat dewasa , dah lupa segalanya . nak buat macam mana , kucing mana ada otak nak fikir . yedaak !
oke , lagi aku nak cerita . Woooahh ! banyak cerita mak cik Gayah ni . paper aku tinggal lagi dua , tapi kemalasan dan kerelaxan (sekali lagi betul tak ayat aku ni) aku ni melampaui had maksima dimana aku masih tak sentuh buku atau apa apa notes nya . Hebat lah kau ! kalau pointer jatuh jangan salah kan Perdana menteri kerana tak war war dan buat kempen belajar untuk kejayaan pulak ! -,-"
last sekali , malas and penat dah sebenarnya nak membebel macam nenek tak cukup sireh tepi paya ni . hopefully , hidup aku lebih tenang and happy bila kesudahanya nanti menggembira kan dan membahagiakan :)
happy with this ? like and comment dear :)
Copyright@Original created by Afifah Yazed
0 130292 suka taip taip comment:
Post a Comment
Sila taip disini sayang :)