Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

12 May 2015

Nilai RM 5 dimata aku


Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,

Semalam aku ada movie date dengan tunang kesayangan . Walhal, semalam plan tak nak jumpa . Kes nya kami tengah kesuntukan dalam erti kata lain duit tengah kering . So nak berjimat cermat, kami plan tak payah jumpa semalam . Tapi dek kerana lebih pada kesian pada aku nak tengok Pilot Cafe sangat agaknya, tunang aku pun ubah fikiran datang ambil . HAHA 

In short, semalam memang kitorang keluar ber budget budget . Actually takde lah kesuntukan sangat duit . Ada duit, tapi simpan . In future kita tak tahu kan masalah pape . Dengan berbekalkan RM 50 sahaja semalam maka, makan Mcd pesan paling murah . Beli tiket pilot cafe of course lah takde paling murah harga sama je . HAHA

Okay then sementara nak tunggu movie start pukul 9.30pm, kami tunggu lah depan wayang tu sambil makan eskrem share share (sobbs soobs)

So suddenly, tengah aku scroll timeline fb sambil melayan customer tanya memacam pasal package, ada sorang mamat ni . Muka manis, putih melepak, handsome tapi takleh kalahkan tunang gemuk tersayang lah . MUAHAHA

So, he put one small book atas meja tempat kami duduk tu . Aku tanjat gegerl jugak lah "eh eh, pehal mamat ni" . He spoke nicely and perlahan gila . Memang tak dengar satu apa pun . Seriously, kalah anak dara melayu terakhir berkata kata . 

Rupanya, dia buat kutipan amal untuk anak anak yatim . So memula tunang aku dah reject kata "its okay, its okay" Tapi entah kenapa mungkin kuasa Allah, gerakkan tangan aku buka purse . Masa tu dalam purse ada seringgit seringgit je . Adalah dalam 7-8 keping . Like seriously . Si Syahir pulak memang 0 sen . 

Aku kira around RM 5 kot then aku serahkan pada mamat tu . Dia bagi buku untuk signature . Aku buka, MashaAllah, yang menderma semua more than RM 20 . Tapi aku bebetul kesuntukan semalam nak bagi dia lebih . Tebal jugak muka ni lepas tengok dalam tu .

Bila dah selesai, dia senyum dan dia jalan . Mungkin ada sebut kot Terima Kasih cuma aku tak dengar . Its okay . Nothing big deal pun . 

Cuma, dalam hati aku ralat, dalam hati aku "maaf ya dik, akak mampu bagi banyak tu je . Akak pun tengah sesak" Tapi tak terluah

Semalaman fikir, kalau bagi semua nanti takde duit . Nak bayar parking nak itu nak ini . Keperluannya . Jadi aku biarkan bermain dalam otak aku sampai artikel ni ditulis

Allahuakhbar, Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang . Yang juga Maha Pemberi Rezeki . Hari ni bangun pergi office, 'ting,ting,ting' fb masuk dan whatsapp . Dua customer nak booking photography . Alhamdulillah, Allah Allah . Semalam baru risau pasal duit . Hari ni Allah bagi rezeki tu . Allah balas . Kebaikan kita . 

Even seringgit pun yang derma, akan ada balasan baiknya . Cerita aku, bukan aku bangga, jauh sekali perasaan riak, cuma aku nak cerita bahawa doa doa mereka yang dalam kesusahan bila kita bantu, Allah tolong. Walau sebesar zarah pun kebaikan yang kita buat, ganjaran Allah tu besar . Besar maknya nya . Allahu . Dah banyak kami berlaku . Yang penting niatkan dengan ikhlas . Ikhlas lah apa pun yang kita buat waima kita orang yang paling susah nanti . Rela biar kita jatuh terbaring dahulu, baru Allah hadiahkan satu pelangi indah untuk kita janji kita ikhlas . Allah . *sebak


Kadang - kadang terfikir . Kita ni selalu lupakan Allah, sedangkan Dia tak pernah sesaat pun lupakan hambanya . Cerita aku mungkin tak macam orang lain , hebat lebih besar ganjarannya . Tapi cukup buat aku rasa tenang bila ingatkan semula . Moga kita sentiasa jadi orang yang MURAH . MURAH dengan kebaikkan dalam hati dan jiwa . AMIN 



happy with this ? like and comment dear :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed