Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

21 May 2012

Kepang kepang si kepang :)




     



Oke, and now what ? Asal sebenar nak update this story untuk esok, but macam ter'over' excited pulak nak bercerita. actually first of all nak ucap congrats dekat lovely sis aku , Johorian ok . She's already become Puan . syok kan ? bukan senang nak dapat tittle indah tu . 

seriously, im gettin jealous bila tengok beliau bersanding, wearing nice gown, make up , pakai inai bagaaii . arghhh , mummy I wanna get married -,-' errr .
 back to the main story . bila ada kenduri kahwin dekat Johor baru aku tahu sebenarnya adat adat orang Johor sedangkan my own father sendiri orang Johor -,-' . starting with masa dia akad nikah . tetiba aje maksu aku tanya pasal anak dara yang belum period . what the hell ? oke, kasar noo bunyi nya. 

aku macam tertanya tanya but dalam hati aje lah coz' macam shy shy cat pulak nak tanya kan , in case karang dorang jadi kan aku bahan pulak coz' things that they think memang kena buat or adat or pape jelah yang berkaitan , aku tak tahu . aku diam kan aje lah .

but , in the end, sebab rasa ingin tahu aku kuat and mendalam serta meloba loba ( err , apakah ) aku tanya lah dekat adik sedara aku . guest what ? nobody laughing pon . aku je yang perasan lebih . haha . dia cakap tu adat lah kira macam anak dara yang belum period ni letak kan lesung batu dalam periuk yang dipanas kan air nya untuk elak hujan -,-"

aku jadi confius sebentar and macam blur blur . what the hell (lagi) nak kena buat semua tu . ok, but aku diam kan aje . on the way nak balik im asking my dad, boleh ke ? . Beliau cakap benda tu tak syirik pun . adat orang tua tua . and im gettin more and more confius . lantak pii laa depa .

next , on the next week nya pulak reception . Mak jadi pengapit u olls. ahaa . beratus ratus jugak lah aku perabih duit mummy untuk jadi pengapit . haha . macam aku pulak yang nak sanding . damn ! tapi seronok , once in a life kan . lain lah nanti kot kot kawan kawan aku yang nak nikah minta aku jadi pengapit pulak , so aku dah ada pengalaman . sial isi borang . :)

errr , macam cerita cerita kat atas tu dah lari tajuk kan ? actually , aku nak cerita pasal kuda kepang . haaahhh ! satu lagi . aku belajar adat orang Johor . baby baby yang datang dapat bedak tau . motif dia, sebab bila baby baby datang tu, tengok pengantin , tak nak bagi meracau or nangis or lebih sopan terkejut . errrr . confius lagi . 

heeh , kalau aku tak cerita ni , ada yang tak tahu kan ? baik angguk ! oke then , macam biasa lah adat orang Johor lagi , if the man nak jumpa wife dia kena ber'tol' bagai . yang kutip tol nya bukan pengantin pun, (heeh) tapi , makcik makcik ibu ibu serta anak anak makcik Bedah , makcik Kiah jual langsat , makcik Latipah dan tak lupa Pak Harun jambul . berlonggok lah depan pengantin pompuan minta tol . dapat lah sengget . jadi lah buat beli eskrem beku milo buatan kak Gayah janda. 
 lepas selesai tol mengetol, bersilat milat lagi . aku memang tak sempat nak catch up any picture pun time event event ni . terasa rugi GILA kan ?  time tu nak pegang fon macam diluah mati emak , ditelan mati bapak (err, betul ke) .

macam kalau dekat tempat kita kita ni , I mean pahang , after dah salam and jumpa dengan pengantin lelaki arak sesama kan masuk rumah or pergi tempat persandingan. but , masa time kakak sedara aku tuu , mak andam terus heret dia macam baby bawak naik pelamin . dalam hati aku , apehal pulak tinggal laki dia ni ? tak tahu adat ke mak andam ni ? hahaha . nasib tak terluah je . 

oke foine, aku yang tak tahu adat johor sebenarnya . si pengantin pompuan pulak kena tunggu kat pelamin . and sit for the hubby tu mak andam duduk . yang aku jadi pengapit ni buat apaa ? heeehhh ! kena tutup muka pengantin pompuan tu dulu until si lelaki bagi tol untuk mak andam ? what theeee..... mak andam pon dapat ! asal si pengapit yang tersipu sipu tanpa blusher ni tak dapat ? apakah dosa ku ya allah ?

after dah dapat , baru laki boleh duduk . aku rasa macam nayee je jadi lelaki if kawen dengan pompuan Johor . haha . so , persepso orang bahawasanya pompuan negeri sembilan lagi leceh nak kawen tu tak betul lah . johor pun . haha .

dah sudah tepung tepung tawar semua, pengantin baling duit and candies pulak dekat bebudak yang ada . hamboih ! kemain meriah kanak kanak tesebut nya pun . aku rasa cam nak lari lari join je . nasib masih waras dan terkawal dek teringatkan umur 20 -,-'

malam lah baru acara kemuncak dimana ada kuda kepang . interesting kan ? mula mula pawang and mawang juga pemain pemain tu main gendang and segala bagai macam alat muzik dorang . nak seru makhluk halus datang katanyaa . some people yang ada kat situ boleh terasa bunyi gendang tu dekat jantung dia . but , seriously , aku macam blur , lagu apakah ni ?

ketung ketang keting bagai alam jadah , mula lah penari kuda kepang tu menari nari . smart doeee dorang narii . tertarik lah jugak . tapi aku cepat cepat sedar sebab takut terbuai . bila terbuai , senang kena rasuk . oh yaa ! before that , kami orang yang lemah separa dan suku semangat ni di beri pakai bedak untuk apa pun aku ak tahu laahh . tapi yang penting macam bagi tak lemah semangat sangat kot . aku pon tepek aje lah dekat muka bebanyak . TAKUT :)

bila dah start tu , sorang je dari dorang yang kena rasuk . I guest macam dia akan menggila , but relax , cool jee . jalan jalan sambil pegang kuda tu ambil kepala muda eh eh kelapa muda kopek pakai mulut . dammmnn!
lepas tu beliau siap melambai lambai lagi . lambai sape? lambai kengkawan beliau lah suruh join .  soramm pulak aku cerita cerita ni . and then bila penjaga dia yang pegang cemeti tu libas cemeti dia , hahhh ! hamik kau , berekor ekor  lagi makhluk Allah yang kena . perrgghhh ! tak tahan . siap boleh makan kaca lagi . tarik rumput lah , joget joget  lah . serious ! tak tipu .
bila macam one of them ada yang dah terover kena tu , pawang yang ada cepat cepat sedar kan dorang , takut makin menjadi jadi . kalau ayah cerita , dulu dulu punya siap ada duduk atas pucuk pokok lagi .gila tak gila . FYI, yang kena tu mostly bukan orang orang kuda kepang , but dari kalangan orang BIASA !

penutup acara tu , bila pawang tu sedar kan semua yang terkena rasuk and then halau benda benda halus tu :)

p/s :makhluk halus ni ada dekat mana mana . cuma kita nampak dan tidak je kan . moga Allah sentiasa lindungi kita dari gangguan syaitan . wallahualam .






happy with this ? like and comment dear :)

0 130292 suka taip taip comment:

Post a Comment

Sila taip disini sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed