Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

21 January 2015

One Step Closer (Part 1)

Hye uolls . Berkurun tak hapdet belog, baru ni nak mengupdate. Takde apa nak dicerita gitu lah jadinya . But this taime, kita nak hapdet belog kita . Tapi bukan senang nak buat entry tau tak . Takleh pikir apa nak dicerita . Well, kot ada yang tak tahu lagi 18.01.2015 was our E-Day stand for Majlis Pertunangan kami langsung nya ofcourse kat rumah ibu ayah . Well, nak cerita preparation . 
PREPARATION 

Part ni paling susah bagi aku . Sebab nya, kitorang at first macam alaaa 'watlek watpeace' lama lagi . gittew . Padehal confirm tarikh tu 3 bulan awal tapi boleh rileks kan? ouh, masa tu kami sangat sangat busy dengan job wedding . weekdays pulak aku kerja . weekend job abeh time bila kau nak beli barang, nk sibuk fikir goodies semua? luckily pelamin mak handam dah awal awal pergi tempah masa balik curi curi Temerloh . Nak balik kampung pun curi uolls . Haa, nampak tak kebusy'an' nya tu .  


1. Pelamin . Perkara pertama aku pergi survey . Aku sempat survey 2 butik je . Itu pun macam dah rasa last minit sangat . Pergi first butik dekat Temerloh ni pun disebab kan ada meeting dengan customer pasal photographer dah alang alang jengah sekali tengok package, tengok semua kan . Yang best nya butik ni, bagi aku, harga not bad takde lah mahal sangat tapi yang emosi nya layanan bukan high class yang aku cari tapi seriously memang sangat bad . bagi aku lah, sebab aku dalam bidang yang lebih kurang sama dengan dia jugak kan . I may not mention lah kedai tu kang tutup periuk nasi orang pulak kan , Jadi aku cerita lah sikit kenapa aku reject terus . First,  aku naik dia dah macam pandang atas bawah . For me, "eh tak kira lah aku siapa pun naik macam gitu ke kau pandang orang datang kedai kau?" senyum pun tak okay . Bila tanya package main cecampak je kertas package . Okay memang time tu ada customer dekat kedai kau tapi takde lah ramia gila . takat sorang dua termasuk customer aku . Then aku tanya pasal size baju, dia boleh cakap apa "oh size awak ni memang takde . susah size orang gemuk ni" aku macam okay fine . Then, masa tu dah frust gila . Syahir duk pujuk suruh beli baju siap aje . Okay, to be ethical nya, not supposely lah kau sebut gemuk even aku memang gemuk . Atleast keluarkan lah perkataan yang agak manner . Customer kot . Balik terus search fb kak yaya Yaya JB pm dia tanya dari A sampai Z . Kak yaya sumpah baik gila . bila aku ngadu pasal baju tu terus dia kata "ada, size awak InshaAllah datang butik kita fitting" masa tu aku bling bling bling . haha terus survey pelamin confirm terus nak ambil dengan kak yaya . see? easy kan to make ukhwah dengan customer . bagi aku, memang hasil, yang lebih utama dan penting . tapi how to judge sebelum tengok kan? melalui perhubungan layanan yang macam ni lah . bagi aku, kau punya layanan buruk, buruk lah hasil kau . sebab kalau sekali kita dah tak puas hati dengan orang tu, mesti yang lelain pun akan ada je tak puas hati nya . kan? and taraaa, simple tapi nice for me . Okay lah , kena dengan citarasa aku . Thankyou kak yaya .


2.  Baju, baju pun ada conflict . Memula tanak tempah nak sewa je sebab rasa membazir gila kot pakai tak selalu punya . Yelah aku pergi office pakai seluar, pakai dress memang time bila lah pulak kan nak pakai merelip relip baju ni kan? To be short, Dan makanya masa pergi butik kak yaya try few baju . memang okay, tapi macam colour terhad yelah tak semua butik ada baju plus size kan . jadi bila fikir semula colour tu lari tema . so decide nak buat sendiri . 2 3 hari memikir at last aku pun gigih search baju below RM 300 nasib ada satu page dekat fb pasal baju nikah etc below RM 300 . suka mak nak ! then terjumpa page and fb akak ni betty wardrobe and terus pm akak tu . lambat reply, aku msg pulak . hahaha gelojoh tak? sebab baju dia sangat comel dan cantik . aku berangan macam princess dah masa tu . haha 





Dua baju ni jadi kegilaan aku . haha . lepas tu whatsapp Syahir, whatsapp Kesayangans, whatsapp ibu ayah semua tunjuk baju antara dua ni . and majority memihak the second one . Actually aku nak yang first yu sebab ada ribbon besar belakang . Kan ala ala princess tu . haha . Tapi takpe lah kita kena dengar pendapat semua orang jugak kan . yang second tu ada ribbon jugak . as long ada ribbon I am Happy Iefa . haha . okay bila dah jumpa akak mimiey, dah tunjuk design ni, dah cerita nak biru pink, dah ukur dah bayar deposit pun senang lah hati aku . yeaa ada baju . Tetiba one day, masa tu kitorang tengah busy shoot wedding . "adik, mama dah beli kain ni nak buat baju tunang iefa" MAIGOODDDD . haha so dah explain semua dekat mama, then mama setuju pakai kain dia beli buat baju tu . unfortunately, akak tu tak boleh siap kan baju tu dalam masa 2 minggu . haha memang gila . mana ada taylor sanggup buat . Then mama suruh tempah dekat taylor dia . taylor tu boleh buat 2 minggu . so macam aku pun pasghahhhhh lah sebab tak dapat baju yang diidam idamkan . *nangis . syahir pun pujuk nanti masa nikah buat . kak mimiey pun cakap cenggitu dan yang lain lain . Actually aku okay je sebab mama nak belanja kan . jimat duit mak . haha . and finally, this is the baju . Alhamdulillah masih kena dengan tema aku . cuma takde pink . hihihi 




3. Hantaran . Yang ni lagi best . Hantaran kitorang settle dua minggu sebelum majlis . Hajat nak beli siap dekat Nilai 3 awal awal, tapi kitorang stuck dekat Temerloh, banjir seminggu . masa tu dah tinggal 2 minggu before majlis . memang sangat kelam kabut . then, ayah ibu sangat sangat bermurah hati . terima kasih ibu ayah . ajak pergi KL a day after banjir surut jalan nak balik KL dan okay pergi semua house settle kan barang hantaran . yang kelako nya dekat semua house tu barang hantaran yang ready made semua nya RM 1k ++ . haha ibu terus bisik "kakak, kita beli barang buat sendiri lah . tak larat ibu harga tu" masa tu aku macam apa ibu ni . siapa nak buat? ibu dah lah busy . nak sekolah lagi . nak apa lagi . dah start bubbling dalam hati . ayah pun dah tarik muka . dah settle membeli ala kadar dengan amount RM 200 +- dekat luar kedai siap tanya "siapa nak buat ni?" terus ibu cakap, nanti ibu cari lah siapa siapa nak buat dekat Temerloh . oh, actually awal nya kak leen dah offer nak buatkan tapi kesuntukan masa so memang tak dapat nak minta tolong dia . Jadi keputusan ibu pergi tempah kedai cina dengan barang2 tu . and harga costnya dalam RM 200 ++ jugak . see? kalau aku pergi Nilai 3 memang dah sehari je settle . Harga tu sama je dengan aku pergi Nilai 3 cari . Ibu ku sungguh degil . Tapi takpe lah pengalaman pertama . Lepas ni dah boleh plan semua dengan baik . sorry gambar hantaran tiada sebab macam masa tu busy ah nak ambil pakai fon masa tu iolls penantin bukan photographer . haha


okay boleh tak sambung next entry dalam part 2 pulak? jejari sudah letih menaip plus officemate sebelah sibuk duk tanya menaip apa lelaju . muahaha . kang saje kantoi boss . see ya next entry semua 


Xoxo
 

happy with this ? like and comment dear :)

0 130292 suka taip taip comment:

Post a Comment

Sila taip disini sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed