Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

31 October 2011

AYAH :'(


AYAH SAKIT :'(
Baek, mood memang lah tesangat tak adee ketika ni sebab ayah ! tersangat lah rasa nak balik rumah :'( . hari ni memang busy gila (walau hakikat nya x busy pon) and tak sempat nak call ibu siang tadi. memang da tergerak nak call tapi tak tercapai fon pulak ! Haish ! patut x sedap hati kan kan ? selalu, abes kelas memag aku terus capai fon and bergayut dengan ibu :) tapi hari ni ntah kenapa x terbuat pulak. letih sangat sangat !
ayah got his BATU KARANG back ! and aku tak tau sejauh mana bahaya penyakit tu sampai la aku mencari cari artikel pasal BATU KARANG ni :

Penyakit batu karang

And antara punca punca nya :

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.


So, memang tak ada yang nak dirisaukan sangat, but as a daughter mesti la aku risau even ibu selesema pun aku x senang duduk da ! tadi call ibu, ibu kata ayah x mao aku tahu. AND ! aku memutuskan (ceh ayt nak skema kan) utk call ayah and membebel kat ayah . hehe.. at last, ayah janji nak bagitau if anything happen to him ! SAYANG AYAH KETAT KETAT :)

happy with this ? like and comment dear :)

0 130292 suka taip taip comment:

Post a Comment

Sila taip disini sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed