Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

17 September 2014

How the Story Begin


Amaran : entry sangat panjang dan sangat membosankan . kalau rasa mual nak baca, please do click the X button up there . Thank you .

Bismillahirahmanirrahim . Dah lama aku tinggalkan blog usang ni . Last update pun tahun lepas . Update pun untuk buang semua 'benda benda' lama . To be truth, penat aku mengupdate semula blog ni . Plus this blog have too much memories . Banyak aku simpan, banyak aku shared . Personal life terutamanya .


Ramai jugak tanya, "eh kenapa kau tak create new blog/ terminate je blog ni?" dan "eh, apesal kau simpan lagi blog ni? nanti tambah luka kau . nanti syahir tacing pulak"


to be honest, aku sayang blog yang aku create since zaman aku matrik lagi . bukan sebab blog ni ada kenangan indah ke, kenangan tak boleh lupa ke apa . tapi sebab nak buat blog dan entry2 indah yang ada dalam ni not be easier . okay . Dah! Jangan tanya dah .


Untuk type entry bukan senang macam bukak kacang weh! Bukak kacang pun terkial kial .


Okay, so hari ni cerita nya pasal How It Begin . Macam nak buat novel . Cewah .


Esok, kalau anak cucu cicit hingga cuit tanya "cemana opah dengan atok berkenalan mak?" anak anak aku boleh hanya buka blog picisan nenek ni ye cu, untuk mengetahui kisah nya . so time gitu anak aku tak perlu start dengan 'KISAHNYA BERMULA......' pasal zaman teknologi 2040 nanti lagi super duper canggih . takde tab tab ni dah . dekat dinding terus blh jadi laptop . percaya cakap aku!


Aku type kan untuk anak aku ,


KISAH NYA BERMULA.......


Lepas aku clash dengan boyfriend lama aku, jiwa lara aku ni membawa kisah kisah duka . (Geli sumpah!) Time tu aku rasa macam lifeless gila . Seriously aku macam "aku nak sayang dengan sape ni", "aku nak bermanjaan dengan siapa ni?" dan bla bla bla . 5 years bukan satu jangka masa yang pendek untuk kau sesenang eh buang memory yang ada . aku cerita dekat korang . time tu aku tak boleh duduk sensorang . dalam ERL lah jadi saksi aku nangis macam filem hindustan . Dalam baby whity la jadi saksi aku buat telenovela indon . dan dalam bilik rumah mak lang lah aku buat cerekarama melayu . menangis menangis menangis . bila ingat balik, aku rasa macam bodoh gila kau ! padehal life must go on kot . tak payah nak drama sangat -.-" foine


sampai one day, cousin tercinta aku mengajar aku buat look around guna wechat . padehal aku sangat sangat anti dengan wechat masa tu . Bagi aku, perkenalan dalam wechat, cinta wechat, cinta facebook, cinta bla bla bla is nonsense . NONSENSE okay . tapi sebab kekonon nak hilang duka lara, maka nya aku layan kan aje lah . okay dua tiga mamat add, aku melayan je . kenal bakal cikgu lah, contractor lah, tukang sapu, tukang cuci, segala macam tukang aku jumpa . semua dok aku layan . kfine! useless dan desperate sangat -..-"


sampai satu hari yang aku tak ingat macam mana, ada mamat using id syahaishiteru add . oh for guys information, time tu aku akan approve mamat yang gunakan cover photo bergambar muka sendiri dan sedap mata aku memandang sahaja . gila kerek tak perempuan ni? bajet dia cun gila . tolong bom aku ramai ramai . haha

okay back to story, approve la mamat aishiteru apa ntah ni . okay dia send twice request dan "hii" tau tak? gila tak gatal bakal laki aku? then we are chatting and keep on chatting . btw, mamat mamat previous yang add aku ada lah chat chat aku dua tiga kali lepas tu aku blah atau dorang yang blah . Agak tak lama jugak kitorang berwechat sebab syahir is one of the guy yang sangat biasa dan pelik .

Apesal? Dia tak pernah minta gambar aku selain dia usha cover photo aku sahaja . Dia tak pernah persoalkan life aku . Dia tak pernah tanya aku ada boyfriend atau tak . DAN dia TAK PERNAH minta phone number aku . He know nothing about me . Sebab tu aku boleh "haa, layankan je"


sampai satu masa, dia ajak keluar lepak mamak . bagi aku, okay mamat ni kelakar sebab bawak aku mamak je? mamak je? kfine . oh, btw one thing yang best pasal aku dan dia (cewah) kitorang sama sama buat photographer . masa tu, aku kerek nak mampus . kekonon otai hebat lah sebab dah buat photography since I am at school kot . masa borak borak pasal photography dia humble gila, "ouh, I biasa biasa je . buat part time je" "ouh, I pakai Canon je . camera biasa je" . Masa tu for me, ala, siapa pakai Canon ni budak picisan hingusan je . sebab gua pakai D300S . Rasa hebat sangat lettew . padehal I am know nothing pun pasal photography . hikhikhik


okay, then lepak mamak dia pick up aku dekat lobi apartment rumah mak lang minum minum dan bla bla bla . start haritu kitorang keep meet up sampai lah

"You, nak kahwin dengan I tak?"


masa tu, makan nasi goreng pattaya dekat wangsa walk nasib tak sembur muka dia je . aku refuse sebab kata nya nak sambung study to oversea . aku kata, that was my dream yang aku lupakan masa dengan exboyfriend aku gara gara dia tak belajar tinggi . kira konon aku nak sama level dengan dia lah . atau tak nak over dari dia . bila dah clash ofcorse aku nak sambung impian tu . dan tak semudah tu aku boleh trust cinta lepas 5 years incident kan?  syarat dia macam ni je aku bagi "sampai I habis praktikal if your mum tak datang merisik I assume takde jelah . I will continue to the next''

And Alhamdulillah, everything was going smooth . even bukan bebetul habis praktikal discuss benda tu, tapi tetap mama dah sebut dan cakap . Ibu ayah pun dah tahu . InshaAllah, kalau dengan izin nya dia jodoh aku, segalanya will be okay . Tunggu masa time kitorang free dan takde job je . Cari tarikh . Sebab nya cemana nak buat majlis kitorang setiap weekend tu dah full dengan majlis orang je . And ada yang bercakap jugak "alah, benda baik, nak lewat lewat kenapa?" , "sembang lebih tapi takde pun majlis nya . orang lain tunang/nikah dulu ." , "tunang jelah bukan apa pun kenapa penting kan majlis orang pulak?"

Okay, ni jawapan dari kami , for thoose yang banyak bercakap belakang tu, kerja aku, kami dan kau tak sama . kerja kau office hour . 9 to 5 everyday dan weekend adalah time kau bangun lambat, time kau tengok wayang, time kau pergi dating dan kau bla bla bla . time kau bangun pukul 12 tengahari, kami tengah terik panas berlari kejar pengantin dan ambil gambar pengantin . berlari event sana sini . okay mesti ada yang cakap "lah, siapa suruh buat kerja tu?" well , sebab kitorang nak kahwin , nak bertunang pakai duit bukan boleh tetiba cucuk ATM keluar duit 2 juta, sebab tu kitorang buat kerja ni . dan, ini adalah minat dan kerja yang kami boleh buat bersama . susah nak dapat satu pekerjaan yang kau laki bini boleh share sesama buat . Dan, orang dah bayar pada kami, jadi itu adalah satu tanggungjawab kami, amanah orang . harus kami pikul walau macam mana . sebab? moment perkahwinan tu adalah penting . sampai mati pun akan di kenang .  bawak ke anak cucu cicit cuit . weekdays pulak? kami kena hempas pulas buat editting . kau ingat edit gambar pengantin dan buat album semudah korek hidung? silap bro, silap kak . cuba kau buat . orang bayar kau RM 10,000 tapi kerja kau serupa RM 20 ringgit . apa orang maki kau?  So, dont ever simply buat judgement pada orang . Dalam hidup, jangan nampak koyak kain orang sahaja sila belek diri sendiri sama ada kita sudah sempurna atau tak . Cuba fikir positif sebab kalau negatif tu setan banyak nak kawan . maka tercetus rasa tak suka pada dia dia dan dia . okay?


Last but not least, happy 1st year perkenalan Syahir Shukeri on 16th September 2014 . May Allah ease our journey . Amin :)



happy with this ? like and comment dear :)

0 130292 suka taip taip comment:

Post a Comment

Sila taip disini sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed