Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

17 September 2012

NATIONAL PARK awesome lah ! :)


Ehem ehem . lama bersawang sawang belog pompuan ni . kalau nak diikut kan boleh menumpang segala 'pakcik' , 'makcik' tua beuban mahupun berpakaian seragam putih dalam belog aku gara gara tak terbela . huh , soram .

sape penah pergi National Park? kalau dalam bahasa omputeh nya Taman Negara lah kan . kalau saintifiknya hutan simpan negara kot lah . aku reka je . -,-"

FAI , (for all information) haha . memang rugi lah sape manusia mahupun hamba Allah yang kata Taman Negara tak BEST !! memang pada dasar dan fizikalnya kalau nak dilihat dan dikaji , orang akan berdialog "eleh tadee ape pun situ" mahupun "buat apa pergi hutan" juga "bosan ah" atau "banyak nyamuk der masuk hutan" . 

actually for the first impression of mine, memang macam gitu jugak . but masa sampai tepat 10.00 am semalam kawan ayah aku (thanks for him *smile) terus heret kitorang anak beranak masuk hutan . and apa yang buat aku rasa lagi 'damn, apakah ini?' kitorang terpaksa turun tangga untuk pergi sungai naik bot then naik pulak tangga untuk pergi hutan . hah ! mahu tak semput orang yang comel comel macam aku ni ? dah lama tak excercise pulak . somput jugak lah . sebenarnya malam sebelum nya dah ada activity night walk , but we all tak join . so my uncle, achik team je yang pergi . and what I got from them , they all dapat lah jumpa rusa or landak . tak sure . 

berbalik cerita tadi , masuk masuk kitorang kena redah hutan tanpa perlu stretching or what so ever . terus main redah je . and sebenarnya takde lah meredah hutan sangat pun sebab ada track untuk guest . senang lah . takde lah kena hangkut kompas , peta negara , pisau cukur , pisau potong sayur mak , parang ayah , dan juga krim anti lintah (ada ke) .track dia kayu , then tak lah scary pun . cantik . sumpah tak tipu ! and bayaran dia tak lah mahal pun . RM 1 per person . just add RM 5 for taking picture . sudah . takde lah bawak duit berhibu hibu ringgit kan . chalet pun , if nak pergi tak payah lah spend money dekat chalet MUTIARA RESORT dia . memang mahal . Rate 300++ . but ambil je chalet orang orang kampong . bayar pun 60 hengget je . save budget , saving trip , saving vacation . 

suppose kitorang kena hiking bukit teresek . but disebab kan kitorang lambat sampai , so kitorang satu family just sekadar lalu trek and takde lah panjat tonggeng menonggeng . even camtu it was awesome tau ! sebab nya kitorang dapat jumpa kijang . what ? kijang boleh tengok dekat zoo ? beb , ini kijang liar beb . repeat again LIAR ! apa yang mengejut kan kitorang this animal boleh datang dekat . (actually dia nak seberang trek kitorang , that's why dia dekat) haha . dapat lah uncle azman and ayah ambil gambar pegang kijang liar dari taman negara . 

FYI , haiwan dalam Taman Negara susah nak jumpa waktu siang . kira nasib kami baik lah sebab Allah nak temu kan jodoh kami . cewah , macam nak tawen je . And FYI lagi , Taman Negara is one of the place yang sangat terjaga dan besar dan juga luas , which means hutan yang kalau kau sesat boleh sampai ke kelantan berjalan dalam hutan tu . And Taman Negara is hutan tebal yang usia nya 130 juta tahun . And it keeps 1001 khazanah alam yang belum manusia terokai !

after 1.5 km kitorang jalan , sampai lah destinasi utama yang dituju . canopy walk . hurm hurm . apa benda canopy walk ni ? tu jambatan tergantung atas pokok pokok . bukan rendah bai , tinggi . 50 meter . if jatuh aku tak jamin hidup . paling kurang lumpuh . and jambatan tu sepanjang 530 meter . bayang kan aku ketar ketar , jalan tegak tak tengok bawah jalan sepanjang 530 meter . fuh! berpoluh den . 

keluar hutan , masuk chalet tunggu team achik balik and aku tidur sampai 3.30 tak silap . siap siap for water rafting and confidence . aku bajet bajet lah sekadar naik bot kayu then dorang bawak susur sungai tembeling je . tak lah terfikir kena lalu jeram , then they all main games pulak masa dalam bot tu . game apa ? haa, driver bot tu goyang goyang kan bot tu and the 'anak kapal' which is his assistance simbah air kat kitorang . lenjun lah beb . tapi it was fun and exciting . lalu jeram agak scary . yelah air deras kan . if we fall and tak pakai life jacket tak ke lomeh . about half an hour lah naik bot tu .

they drop us dekat satu perkampungan Orang Asli . Aku mula mula macam tak heran lah kan dengan OA ni . sebab dekat Kuala Krau berlambak . lalu je tepi tepi tu nampak lah OA ni . but it was totally different . Totally different . batak jugak lah aku pergi kampung dorang .  OA Taman Nagara and OA Kuala Krau sangat sangat berbeza . (nampak tak aku nak cakap berbeza nya dorang sampai repeat 2 3 times) At least OA Kuala Krau , dorang dah pandai tengok ASTRO :) but this kind of OA dorang macam zaman paleolitik punya orang . hidup nomad , takde kepercayaan , takde agama . looks macam kita pergi imbas zaman prasejarah yang kita belajar time form 4 dulu . yeh ! its the same . dorang just bergantung pada hasil hasil hutan . 

And abang yang bagi penerangan tu kata Suku Bateq merupakan orang asli dari puak NEGRITO . but, if kita compare them to Negrito people , dorang akan pertikaikan and still pertahan kan yang dorang adalah BATEQ ! and jumpah dorang dalam 2000++ sekitar Pahang , Kelantan and Terengganu . Rumah dorang sekadar beratapkan daun cucuh or daun salak . and it was built by the women . And suku kaum ni merupakan nomad terakhir among OA . Dorang sangat sangat pemalu . even though everyday terima guest , but dorang still pemalu . few of them je yang pandai berbahasa melayu . 

OA Bateq yang tinggal dalam hutan , dorang tak berpakaian . tempat yang aku pergi of cos la dorang berpakaian . malu jugak lah nak tengok if dorang tak berpakaian . tapi sebenarnya , kaum perempuan dorang just wear kain batik lusuh like lelaki pakai kain pelikat bila takde orang . faham faham aje lah ye . and the kids , tak payah cakap lah . memang telanjang bulat aje lah . bantal and tilam dorang just beralaskan tanah sahaja . add , diorang ni pernah dibawa keluar means untuk sekolah . but for the first week aje lah . yang lain duduk dalam kampung dorang and berburu . 

kalau nak sentuh bab perkahwinan dorang pulak . dorang kahwen keliling busut then the couple will be spend a night dalam sebuah pondok untuk discuss . alah , macam kenal hati budi memasing lah kan . if salah sorang keluar dari pondok tu that night jugak the marriage contract akan terbatal . lelaki pulak , if nak kahwin , tok batin akan tentu kan whether layak or tak untuk jadi laki orang . cara nya , tok batin akan suruh berburu . if pass , dapat lah kawen . tapi cara mudah nak tahu dia pass berburu or tak just look at his sumpit je . dekat sumpit dia ada buat gelung gelung . dekat situ lah tanda berapa banyak dah dorang berburu guna satu sumpit . if banyak tu , pass lah kan . dah boleh bagi makan anak bini nanti *smile

honeymoon doran tak boleh dekat pondok disebab kan pondok tu takde privacy and terlalu open . dorang pun tahu malu jugak beb . so , the couple akan berburu bersama sama . so faham faham jugak lah port mereka honeymoon dimana kan . 

aku rasa kali ni entry aku panjang berjela mela . actually point aku kat sini betapa best sebenarnya bila dapat kenal alam sekitar ciptaan Allah dan mengenali makhluk makhluk lain yang ada di bumi Allah ni . Tak perlu rasanya kita beria ia plan vacation sampai UK or US . tak perlu lagi rasa nya malu dengan negara kita sendiri sebab negara kita sangat unik . tersangat unik . tak perlu rasanya nak bangga dengan negara asing sebab negara kita sendiri cukup dan tersangat indah . tak perlu jugak kot if nak kata 'MALAYSIA TAKDE APA PUN' . sebenarnya dan hakikat nya , kita yang tak nampak keindahan tu sebab mata hati kita semua dah tertutup untuk kenal dan sayang negara sendiri . lebih suka dengan hiburan negara barat dan terlalu agung kan negara barat . 

kalau aku cakap , sebenarnya mat mat saleh yang datang negara kita,  lebih kenal erti MALAYSIA dari penduduk MALAYSIA sendiri . betul kan ? fikir fikir lah sendiri . so plan your vacation nicely :D

p/s : nanti ada masa aku upload pic dekat sana oke :)









happy with this ? like and comment dear :)

0 130292 suka taip taip comment:

Post a Comment

Sila taip disini sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed