Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel fromspring Get This.

10 June 2011

Wishing mummy and papa happily ever after !


DOA KU UNTUK YANG TERCINTA... Bila aku buka satu blog ni, aku terbaca artikel ni.. Terfikir dengan apa yang aku dah laku kan, tapi kebaikan dalam keluarga aku utamakan.. sayangnya pada ibu ayah tak pernah kurang sikit pun.. Aku harap, doa ni sentiasa menyatukan keluarga kami.. Buat ibu ayah, ampunkan dosa kakak,, kakak khilaf dalam segala2 nya, kakak masih perlukan ibu dan ayah untuk bimbing kakak tentang dunia juga akhirat.. Buat ibu, terima kasih sentiasa tenang bersama kami,, buat ayah, kasih sayang ayah amat bernilai buat kami adik beradik.. apa juga yang berlaku, kasih kita tak kan pernah padam !

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

atau apa jua kesulitan hati mereka
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


happy with this ? like and comment dear :)

0 130292 suka taip taip comment:

Post a Comment

Sila taip disini sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@Original created by Afifah Yazed